Sebab-sebab Meraikan Dongzhi
~Terdapat 2 sebab mengapa orang Cina meraikan Dongzhi.
~Yang pertama, selepas bekerja keras untuk satu tahun, petani perlu ada satu perayaan untuk berehat dan menikmati hasil penuaian mereka.
~Yang kedua, cuaca selepas Dongzhi akan menjadi sangat sejuk dan sesetengah orang-orang tua yang kurang sihat mungkin tidak dapat kita jumpa lagi pada musim bunga tahun depan.
~Oleh itu, semua ahli keluarga yang berada di luar akan balik ke kampung halaman untuk meraikan Dongzhi dengan ahli-ahli keluarga.
*************************************
~Orang Hokkian sangat mementingkan perayaan Dongzhi dan mereka membuat “tangyuan” pada malam menjelang Dongzhi.
*************************************
Perayaan Dongzhi
~Perkataan “Dongzhi” dalam Bahasa Cina bermaksud “ketibaan musim sejuk”.
~ Pada hari tersebut, ahli-ahli keluarga akan memakai baju baru dan menyembah nenek moyang pada sebelah pagi.
~ Selepas penyembahan, sekeluarga akan duduk dalam satu meja bulat yang besar untuk makan tengah hari.
~“Tangyuan” dibuat dan dimakan pada hari Dongzhi oleh orang Cina.
~ “Tangyuan”yang berbentuk bulat mewakili keharmonian dan kebahagian sesebuah keluarga. Ia merupakan simbol kesempurnaan dan doa selamat kepada orang-orang tua dalam keluarga Cina.
“Tangyuan” yang berbagai-bagai jenis menarik perhatian orang ramai.
~Orang Hokkian sangat mementingkan perayaan Dongzhi dan mereka membuat “tangyuan” pada malam menjelang Dongzhi.
~Selepas makan tangyuan, orang Hokkian menganggap usia mereka telah bertambah satu tahun.
~Mengikut adat Hokkian, kanak-kanak perlu makan bilangan “tangyuan” mengikut bilangan umur masing-masing. Jika tidak, mereka tidak akan bertambah satu tahun.
PERAYAAN DONGZHI