Lagu Background

Wednesday 7 September 2016

PERAYAAN DUAN WU


PERAYAAN DUAN WU

 (DRAGON BOAT FESTIVAL)

PENGENALAN
*Hari kelima bulan lunar kelima adalah perayaan tradisional yang penting bagi kaum Cina. 

*Perayaan ini dikenali sebagai Perayaan Duan Wu (Dragon Boat      Festival)    ,juga disebut sebagai Duan Wu Jie dalam bahasa Cina. 

*Pada hari tersebut , orang Cina akan makan "zongzi"  dan mengadakan  perlumbaan perahu naga

*Perayaan tradisional ini bermula di China pada Zaman Berperang.

* Perayaan ini mempunyai sejarah lebih daripada 2,000 tahun















*****************************

ASAL-USUL PERAYAAN DUAN WU

*Menurut legenda, perayaan ini adalah untuk menghargai seorang penyair patriotik yang bernama Qu Yuan

*Pada Zaman Berperang, terdapat 7 buah negara yang saling berperang iaitu Qi, Chu , Yan, Han , Zhao, Wei dan Qin

*Di antara 7 buah negara tersebut , Qin merupakan negara yang paling kuat dan berhasrat untuk menyerang negara yang lain untuk menjadi lebih kuat. 

*Qu Yuan merupakan seorang ahli politik dan penyair yang tinggal di negara Chu semasa Zaman Berperang di China. 

*Beliau menegaskan bahawa politik Chu haruslah diperbaharui dan negara Chu perlu bersatu dengan negeri-negeri lain untuk menentang Qin

*Pendirian beliau telah ditentang oleh pengampu licikMereka mengumpat Qu Yan di depan Raja Chu.
*Disebabkan itu, Raja Chu tidak menerima cadangan beliau dan menghalau beliau keluar dari pusat bandar.  

*Walaupun dibuang negara, Qu Yuan masih sangat bimbang tentang nasib negara beliau. 

*Apabila beliau mendengar berita bahawa Qin telah mengalahkan negeri Chu, beliau sangat sedih dan merasakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk menyelamatkan tanah air, dan seterusnya beliau menenggelamkan dirinya ke dalam Sungai Miluo. 

*Hari beliau bunuh diri merupakan hari kelima bulan lunar kelima pada tahun 278 sebelum masihi.                   
              
*Apabila orang ramai mendengar berita ini, mereka mendayung bot di Sungai Miluo dan  cuba mencari mayatnya,namun telah gagal

*Untuk mengelakkan ikan dan udang makan mayat Qu Yuan, orang ramai mencampakkan makanan ke dalam sungai untuk memberi makanan kepada ikan dan udang. 

*Selepas itu, pada setiap hari kelima bulan kelima lunar, orang akan mencampakkan makanan ke dalam sungai. 

*Kemudian, orang ramai berubah menggunakan daun buluh untuk membalut beras pulut dalam bentuk piramid ("zongzi") dan mencampakkan ke dalam sungai. 

*Dengan itu, adat makan "zongzi" dan perlumbaan perahu naga telah diwarisi sehingga hari ini.
Qu Yuan merupakan seorang penyair patriotik 
dan ahli politik semasa Zaman Berperang di China.

*****************************


 "Zongzi" dimakan semasa Perayaan Duan Wu.












Dengan perkembangan masa, orang ramai mula
 mencampur beras pulut dengan pelbagai jenis 
 bahan makanan supaya "Zongzi" menjadi lebih 
sedap dan menarik.




*****************************


 Perahu Naga
(Dragon Boat )






                     
CARA MEMBUAT "ZONGZI"

 

8 comments:

  1. Selepas membaca artikel ini,barulah saya dapat tahu asal usul sebenar perayaan DUAN WU serta aktiviti yang biasa dijalankan bagi menyambut perayaan tersebut.

    ReplyDelete
  2. 端午粽子=三角形 coincident? I don't think so , ILLUMINATI CONFIRMED

    ReplyDelete
  3. Semakin kurang orang merayai hari ini. Harap masyarakat boleh mengekalkannya

    ReplyDelete
  4. nota yang penting telah menggunakan warna yang berlainan, memudahkan pembaca untuk membaca, bagus!!👍👍

    ReplyDelete
  5. nota yang penting telah menggunakan warna yang berlainan, memudahkan pembaca untuk membaca, bagus!!👍👍

    ReplyDelete
  6. Ohh~~ rupa-rupanya bakchang asal dari perayaan ini~~

    ReplyDelete
  7. Penjelasan yang anda buat lebih baik jika berbanding dengan Chew Yong Xiang punya.

    ReplyDelete
  8. cerita di belakang sangat menarik..

    ReplyDelete